salam semua,
kat sini aku nak share salah satu contoh surat bocor. enjoy!!
Ruj. Kami :
Tarikh :
NAMA PEMILIK UNIT ATAS
Tuan,
PER: ADUAN KEBOCORAN DARI UNIT ______YANG MENYEBABKAN
KEROSAKAN DI UNIT _______
-
PANGSAPURI ____________________________________________
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk
perkara di atas.
2. Pihak
Majlis telah menerima aduan daripada pemilik petak ______ berhubung masalah
kerosakan siling/ dinding di petak tersebut yang dipercayai berpunca daripada
kebocoran paip/ lantai bilik air di petak tuan iaitu _______. Menurut pengadu
kebocoran tersebut telah menyebabkan kerosakan yang teruk pada siling/ dinding dan
menyebabkan ketidakselesaaan penghuni petak tersebut.
3. Menurut
subperenggan 2(1)(c) Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil Bagi Pengawalseliaan
Bangunan-Bangunan Yang Dipecah Bahagi, Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318),“seorang
pemilik petak hendaklah membaiki dan menyenggara petaknya, termasuk pintu dan
jendela dan menjaganya dalam keadaan baik”.
4. Sehubungan
dengan itu, Majlis menasihatkan pihak tuan untuk terus merujuk kepada pihak
Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan bagi mengadakan perbincangan
diadakan di antara pemilik-pemilik petak yang terlibat untuk mencari kaedah
penyelesaian supaya masalah ini dapat diatasi dengan sewajarnya. Sekiranya
pihak tuan gagal membaiki kerosakan tersebut, pemilik unit yang terjejas boleh
mengambil tindakan undang-undang terhadap tuan selaras dengan seksyen 43(5)
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Adalah dimaklumkan surat ini adalah
merupakan Surat Pentadbiran Majlis yang tidak mempunyai sebarang kuatkuasa
perundangan dan hanya boleh dipakai bagi tujuan pemberitahuan semata-mata.
Kerjasama pihak tuan amat dihargai.
Sekian,
terima kasih.
“MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI”
Saya yang
menurut perintah,
(NAMA BOS KORANG)
b.p. Yang
Dipertua
s.k. ALAMAT JMB/MC/EJEN
ALAMAT PENGADU
# Lepastu korang bolehla lampirkan sekali akta kt bawah ni
Seksyen
43(5) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
Berdasarkan seksyen 43(5) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta
318) peruntukan menyatakan bahawa Perbadanan Pengurusan mempunyai kuasa untuk
membuat baikpulih bagi apa-apa
kerosakan, kerja atau apa-apa tindakan yang dikehendaki di bawah seksyen tersebut
atau mana-mana undang-undang bertulis atau atas arahan pihak berkuasa yang
berkenaan di mana kos bagi baikpulih kerosakan tersebut ditanggung oleh pemilik
unit dan merupakan suatu hutang sibil yang membolehkan Perbadanan Pengurusan
membuat tuntutan daripada pemilik unit tersebut atau mana-mana orang yang
menduduki unit tersebut di dalam tindakan kehakiman. Dalam perkara ini,
Perbadanan Pengurusan boleh mengambil tindakan perundangan terhadap pemilik
atau mana-mana orang yang menduduki kediaman tersebut melalui perintah
Mahkamah. Seksyen 43(5) antara lain menyatakan seperti berikut:-
(5) Di mana perbadanan pengurusan menjalankan apa-apa kerja
pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh atau di
bawah Bahagian ini atau oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang lain untuk melaksanakan (sama ada atau tidak kerja pembaikan, kerja atau
perbuatan telah dilaksanakan berikutan dengan penyampaian apa-apa notis atau
perintah kepada oleh mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa berkanun), tetapi
kerja pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah keseluruhannya atau sebahagian
besarnya menjadi tanggungan atau tanggungjawab pemilik sesuatu petak sahaja,
atau keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk faedah beberapa petak
sahaja, apa-apa wang yang dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan dalam
menjalankan kerja pembaikan, kerja atau perbuatan itu hendaklah-
(a) dalam hal di mana kerja pembaikan, kerja atau perbuatan
adalah keseluruhan atau sebahagian besarnya menjadi tanggungan atau
tanggungjawab pemilik suatu petak sahaja, bolehlah didapatkan kembali oleh
perbadanan pengurusan melalui sesuatu tindakan dalam mahkamah berbidangkuasa
kompeten sebagai hutang yang genap masanya kena dibayar secara bersesama dan
berasingan daripada-
(i) pemilik petak yang berkenaan pada masa bila kerja
pembaikan, kerja atau perbuatan dilaksanakan; dan
(ii) pemilik petak yang berkenaan pada masa bila tindakan
dimulakan;
No comments:
Post a Comment